Satu perkongsian dari :
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sentiasa. Entri kali ini saya ingin memberi ulasan serba sedikit berkenaan penggunaan simkad mobile unifi.
Saya daftar 5 simkad nombor baru pada 24 Januari 2018 (Rabu) dan telah pilih untuk pick up di TM Point Kajang. Walau bagaimanapun pada hari saya ingin ambil simkad iaitu 25 Januari 2018 (Khamis), maklumat tempahan (order number) dalam rekod tiada dan saya sudah hampir putus asa untuk mencuba mungkin disebabkan sistem yang kurang stabil dalam menerima akses daripada pengguna yang ramai dalam satu – satu masa.
Disebabkan pada hari tersebut tidak ramai yang tahu berkenaan simkad ini, maka tidak ramailah orang hadir ke kaunter TM Point. Tanpa melengahkan masa, saya minta isteri saya daftar menggunakan nama beliau dan pada hari yang sama juga terus boleh ambil simkad tanpa perlu menunggu masa yang lama.
Pada petang hari yang sama, saya terus masukkan simkad dalam telefon saya iaitu Huawei P10 Plus yang sememangnya mempunyai fungsi 4G LTE. Setelah menggunakan simkad ini seminggu, ada beberapa aspek yang ingin saya kongsikan antaranya ialah:
1. Coverage
Saya kurang pasti coverage unifi mobile ini sememangnya menggunakan pencawang Telekom Malaysia atau Pencawang Celcom atau Celcom yang menggunakan pencawang Telekom Malaysia dan yang pasti semasa simkad dimasukkan dalam telefon anda boleh lihat sendiri di bahagian simcard management akan keluar My Celcom (bukan webe, bukan P1) sehinggalah akan bertukar kepada Unifi. Setelah saya menggunakan simkad unifi ini seminggu dan pergi di sesetengah tempat line unifi tiada dan kadang – kandang akan keluar 2 bar sahaja dan tidak menyokong fungsi 4G LTE. Internet pasti slow dan kadang – kadang tiada langsung.
Walau bagaimanapun line yang saya guna dalam simkad 1 iaitu my onexox penuh pada tempat dan masa yang sama. Kedua – kedua menggunakan platfom kemudahan pencawang yang sama jika betullah di bawah rangkaian celcom tetapi coverage berbeza. Seperti yang kita tahu setiap tempat coveragenya agak berbeza – beza mengikut kawasan. Hal ini agak mengecawakan saya sedikit sekiranya saya hanya menggunakan satu simkad sahaja dengan tiada pilihan lain, sudah pasti agak terganggu urusan harian.
2. Data
Dari segi penggunaan data pulak saya berterima kasih kepada pihak TM kerana memberi percuma 20 GB LTE dan saya telah mencubanya yang dikatakan diberi tempoh 90 hari selepas diaktifkan. Dalam seminggu sahaja saya telah habiskan data 20Gb tersebut. Bagi saya kelajuan data yang menyokong fungsi 4G LTE boleh dikira agak bagus sehingga boleh download dengan laju dan melihat youtube tanpa loading cuma time peak hour agak slow sikit bermula 8 malam – 10 malam. Saya menggunakan hotspot ke satu laptop satu komputer dan satu telefon data masih lagi boleh digunakan dan tidak mengecewakan. Namun jika ingin dibandingkan dengan kelajuan data yang saya guna iaitu Onexox lebih jauh berbeza kelajuannya dan saya telah mencubanya dari segi speedtest. Boleh lihat di youtube.
Dari segi tawaran yang diberi pulak mengikut pakej iaitu yang paling mahal RM50 untuk 8GB High Speed (4GB 3G/LTE + 4GB LTE Only). Jika saya nak bandingkan dengan pakej data lain agak kurang berbaloi sebagai contoh data Onexox dengan RM50 saya boleh dapat 10GB data unlimited speed (season pass) dan mungkin juga data dari telco lain lebih berbaloi. Apa yang agak menarik sikit mobile unifi ini adalah data tiada tempoh expired, sekiranya kita beli 8GB kita boleh guna sehingga habis data tersebut tanpa fikir tempoh expired dan ini agak menjimatkan sesetengah pengguna. Dari segi data ini saya berharap pihak TM sentiasa update dalam menawarkan data – data yang lebih murah berbanding dengan pesaing – pesaing telco lain.
3. Minit Panggilan atau Caj Panggilan dan SMS
Kebiasaan caj panggilan adalah dikira berdasarkan second dan minit namun di Mobile Unifi caj panggilan adalah dikiran secara lumsum dengan membeli pakej minit yang ditawarkan sebagai contoh pakej terkini adalah RM30 untuk 200 minit + 200 SMS dan RM10 untuk 60 minit + 60 SMS. Agak berbaloi bagi pengguna yang tidak guna banyak panggilan lebih – lebih lagi tiada tempoh expired ditetapkan, almaklumlah sekarang ni ramai pengguna tidak menggunakan panggilan dengan kadar yang banyak.
Pakej yang diberi agak jelas dan tiada unsur yang mengelirukan berbanding dengan tawaran daripada telco lain yang ditawarkan unlimted call tetapi mempunyai ** syarat – syarat tersembunyi tanpa pengetahuan pengguna. Saya tidak banyak guna panggilan dan bagi saya tawaran yang diberikan tidaklah teruk dan membebankan pengguna dan boleh dikatakan masih relevan.
4. Tarikh luput
Seperti yang diwar-warkan hashtage #kredittakmati dalam promosi unifi mobile agak menarik dan sehingga kini saya tidak dapat tengok di mana tarikh expired simkad saya dan saya pasti tiada expired simkad dan plan yang nak guna seperti data dan minit panggilan terpulang pada kita. Cuma disebut dalam term and conditions mereka sekiranya inginkan nombor itu kekal aktif buat pertama kalinya kena reload dan beli mana – mana pakej data atau minit dan sms dalam akaun apps yang disediakan dalam tempoh 90 hari selepas simkad diaktifkan. Apabila dah beli boleh guna sampai habis tak perlu risau lagi pembaziran dan ini adalah satu langkah yang ke depan bagi TM Mobile Unifi kerana tiada lagi telco yang berbuat sedemikian. Cuma agak sukar dari segi untuk semakan minit panggilan dan data sekiranya tiada internet untuk elak daripada kehabisan secara tiba – tiba.
5. Topup
Dari segi topup tiada masalah sebenarnya cuma menyulitkan sedikit bagi sesiapa yang tiada internet kerana topup hanyalah boleh dibuat melalui apps mobile unifi. Hal ini juga menyulitkan bagi sesiapa yang tiada kemudahan online banking/ kredit kad atau debit kad. Disamping itu juga saya tidak dinafikan ada kebaikan dan kelemahannya salah satunya juga tiada kemudahan untuk pemindahan kredit daripada satu nombor unifi ke nombor unifi yang lain. Walau bagaimanapun bagi saya itu semua bukan masalah kerana saya adalah orang yang sentiasa mempunyai kemudahan internet dan online banking. Mungkin tidak sesuai untuk orang yang tiada kemudahan tersebut.
6. Kemudahan Pendaftaran
Seperti yang kita tahu pendaftaran simkad mobile unifi bagi nombor baru adalah sangat mudah hanya melalui apps sahaja dan ia boleh dilakukan oleh setiap orang hanya perlu ada internet, download apps, daftar maksimum lima simkad dan terus boleh collect simkad dengan menunjukkan ic semasa mengambil simkad di TM Point yang dipilih berdekatan dengan anda [baca sini]. Kebarangkalian untuk penipuan pendaftaran adalah rendah melainkan yang menggunakan khidmat pos delivery yang dikenakan caj RM10.60 (mungkin sahabat boleh komen yang ada pengalaman prosesnya bagaimana).
Walau bagaimanapun pendaftaran untuk kekalkan nombor lama agak menyulitkan sedikit bagi pengguna yang tak biasa kerana sekiranya proses pertukaran ke unifi tidak berjaya membuatkan pengguna terkial – kial ingin tahu apakah status dan apa perlu dibuat selanjutnya. Hal ini kerana kebarangkalian untuk tidak berjaya port out adalah tinggi antaranya kredit tidak cukup, akaun tak aktif, bill tertunggak, tak reply sms dan sebagainya. Ini semua boleh membuatkan proses port out atau pertukaran line ke unifi gagal tanpa diketahui oleh pengguna yang mendaftar itu sendiri. Kebiasaannya pendaftaran melalui dealer pasti dealer akan membuat follow up customer step by step untuk melancarkan proses pertukaran tersebut. Mungkin ini adalah suatu kekurangan yang kecil bagi pengguna baru.
7. Customer Service
Service after sale adalah sangat penting bagi setiap syarikat selepas penjualan sesuatu produk sama jugak dengan TM Unifi itu sendiri. Customer service adalah melalui apps live chat dan hanya boleh dilakukan setelah signup dan login apps mobile unifi tersebut. Dalam masa yang sama apps tersebut juga menyediakan online form yang mana boleh dihantar feedback kepada pihak TM dan mereka akan contact anda dalam masa 24 jam. Walau bagaimanapun itu memerlukan akses internet untuk membuat urusan tersebut sekiranya tiada ia tidak boleh dilakukan dan ini merupakan satu kelemahan.
Kesimpulan
Setiap produk ada kelebihan dan kekurangan masing – masing dan kita perlu lihat bahawa produk seperti ini adalah salah satu produk masa depan di mana setiap orang memerlukan internet untuk melakukan sebarang transaksi termasuklah untuk menyemak data dan membuat tambah nilai. Internet lain perlu digunakan bagi proses tersebut, namun tidak dapat dinafikan di pusat pusat bandar kemudahan internet adalah meluas dan hanya di luar bandar sahaja kemudahan tersebut adalah terhad.
Gunakan simkad mobile unifi ini dari sudut kelebihan bukannya dari sudut kekurangan untuk membantu memudahkan segala urusan kehidupan anda seharian. Oleh itu, huraian saya di atas adalah sekadar pandangan sahaja dan mungkin ada sedikit kekurangan yang mana diluar pengetahuan saya dan saya mohon pembaca semua untuk komen bagi setiap cadangan dan pandangan semoga tulisan ini dapat menambah nilai kepada masyarakat umum. Sila kongsikan sekiranya anda rasa review ini berguna untuk semua. Sekian wassalam.
Related Posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya nak kongsikan berkenaan promosi kaw kaw daripada…
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman yang agak mengerikan tetapi…
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya ingin kongsikan satu laman sesawang khas buat…