Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

Showing posts with label Teratak Impian. Show all posts
Showing posts with label Teratak Impian. Show all posts

Tuesday, 1 April 2014

Tambah Pagar Rumah Lagi Sikit




Cadangan asal nak buat tembok/pagar  dari aras lantai bendang hingga ke atas.. siap keliling rumah. Denagan bajet yang agak terhad, tembok pagar dari lantai bendang telah dibuat perjanjian pembinaan pada 30.12.2013.... tapi cuma sebahagian dilaksanakan... yang lain fasa berikutnya akan menyusul.



**********************************************************************************

Setelah lebih setahun duduk, akhirnya pagar rumahku baru siap dipasang. Kekadang senyum sendiri aku apabila ingat kembali kata-kata yang sampai ketelinga ku."Pagar Abu Nawas, pagar bangku, tembok dah cantik... takkan pagar macam tu saja ".. semua tu aku telan tanpa ambik hatipun... adik beradik dan kekawan aku jugak.. maklumlah bajet ciput. Ambik masa sikit nak kumpul dana balik.
      Tokey Cina yang buat pagar wrought iron rumah aku ni orang Guar Cempedak.. Ah Keat. Member2 jugak jg recemen dia ni. Lepas booking dua bulan baru dia mai pasang. Idea bentuk dia tu, lepas tengok sana, tengok sini dan kemudian aku draf bagi kat dia. Last2 dia buatlah jadi macam ni:


Orang kata tinggi, memang tinggipun 8'6"... Target  memang nak buat tinggi..... so jadi laahh tinggi. La ni duk cari kedai pulak nak pasang moto untuk gate ni...

Thursday, 11 April 2013

Mesin Bancuh Simen Telah Dijual


Mesin bancuh simen ni, sudah empat tahun aku beli. Memang berbaloi beli dia. kalau nak disewa, deposit saja dah RM1050 ( untuk tiga bulan) dan sewa dua bulan RM700... tu kalau dua bulan sewa tapi mana ada orang buat rumah banglo dua bulan. Rumah aku bukan dua bulan tapi dua tahun. Sayang memang sayang...  memori sebab dengan ayah aku pi ambik benda ni... Lepas dicat balik, aku letak kat Mudah dengan harga RM1500. sudah ada orang mintak... mungkin bukan rezeki lagi... tak de yang menjadi. kalau menjadi tu, boleh juga buat tampung buat benda lain..
Kalau ada orang tanya status mesin ni, aku cuma boleh kata.. " setahun yang lalu ok lagi"...lepas tu dah tak guna. hari tu pernah beli minyak petrol, cadang nak start enjin... dah beli minyak...dok pikir pulak minyak petrol ke diesel.. lepas tu tengok minyak enjin pulak ..tak dak pulak... mak oooiii, dia pakai minyak enjin apa pulak... aku bukan tahu...rasa-rasa dulu pernah beli tapi dah lupa. Semua tu urusan tukang rumah.
TERKINI ::Kalau ada yang nak... dah tak ada, orang Alor Setar yang datang ambik, siap bawa lori pulak tu..Dah rezeki dia. mai tengok terus angkut bawa balik. Orang lain duk nego lagi....

Tuesday, 29 January 2013

Kolam Oh Kolam

Kolam kat tepi pagar rumah ni... dah lama planningnya.... tak suruh tukang pro buat. Aku bila free je...sikit2 duk buat... cari rujukan kat internet jugak nak buat kolam ni...konsep moden atau nusantara.. rasa-rasa nak buat moden kut.. nak bela ikan kap. Nak dapat mana ikan kap tu...aku dah tengok2 dah... harga dia ok laaa jugak, tak mahal sangat.
Anak-nak asyik duk mintak jadikan kolam depa.....ya tak ya jugak.... ok jugak tu...tapi setakat seminggu dua je lahhh... lepas tu, jadi kolam ikan lahh. Kalau depa nak kongsi juga sebulan atau dua bulan sekali boleh lahhh..tu pun masa nak basuh kolam.
Idea  nak buat kolam dah lama...sama traktor nak ratakan tanah aku dah reserve lubang kat sini.. akhir2 ni baru aku buat sikit2. Balik kerja sejam lebih sikit aku buat la apa yang patut...Kebetulan cuti seminggu ni...aku ingat nak siapkan. Insya Allah...moga siap hendaknya...tunggulah hasilnya.


Monday, 28 January 2013

Buat Tembok Rumah

Berdasar dari pemerhatian yang telah dijalankan...kos untuk buat memtembok tanah di tepi tanahku yang tinggi hampir 6kaki... akan mencecah RM10k...termasuk kos tanah, upah tukang dan upah backhoo.. Sebab tu la kerja buat pagar agak terbantut...lagipun aku ingat nak tambun tanah aku bagi rapat dengan tanah jiran ...alang2 nak buat kannnn...
Terkini, dari bacaan dan explore kat internet...ada orang guna kerek atau kok bulat sebagai penampan tanah buat tembok...Boleh caya ka cara gini. Orang kelantan dan Ganu dah guna kaedah ni..
 Aku dah pergi tanya tokey kedai hardware...dia kata tak tahan kut.... Aku habaq yang member kat Kelate kata..tahan. Aku servey kok kat kedai dia, 2' x2' RM22 dan 2' x3' RM35... Congak punya congak RM3400 untuk buat tempok  aku tu... Entah laaa... kena pikiq lagi laa ni..



Sunday, 12 February 2012

Teratak Impian Yang Ku Duduki.

 Pada 22 Januari 2012, Ahad aku mengadakan majlis tahlil dan kenduri kesyukuran sempena 40 hari ayah pergi. Rakan tualan dan sanak saudara banyak yang ku jemput.... sekiranya tak terpanggil...maaf lahhh.

Lepas majlis ...aku beli 5 pokok sinai...RM30 sepokok.... ada orang kata murah....murahh...akupun rasa murah. 


Monday, 24 October 2011

Proses Ukur Tanah

22. Okt 2011 Sabtu - Bertempat di Kg Alor Pak Ngah, Titi Haji Idris akhirnya lot 3365 telah siap diukur. Kehadiran 3 orang jurukur Pejabat Daerah Pendang dan Kota Setar pada jam 9.30pagi telah memadam teka teki sempadan tanah lot 3365. Penggunaan GPS dan loptop dan peralatan ukur lain yg agak terkini, memudahkan kerja2 mengukur dan ianya dapat dijalankan dengan mudah dan cepat.
Setelah Encik Shuhaily siap menyetting laptop kawasan yang nak diukur.. En Azizun dan seorang lagi rakannya ....mula mencari batu penanda asal.
Ada suatu ketika, jurukur nak menggunakan batu yang terletak di hadapan jalan rumah Abg Usup.... tiba2.. anak Pak Lang Mit datang dan berkat "Batu tu tak boleh guna...tak betul".... dan mahu tak mahu, batu depan jalan rumah Non digunakan sebagai titik permulaan kerja ukur ini.
Batu didepan rumah Abg tat

Batu dtepi tembok rumah

Batu belakang rumah (kanan)
Macam tak percaya pulak.... penandaan sempadan dapat berjalan dgn lancar... tambahan pula batu sempadan antara tanah aku dan Pak Lang Mit...DIJUMPAI... lega rasanya...dan tak kena pagar aku pulak tu. Hampir pkl 2 ptg juga semua kerja2 dapat diselesaikan... dan aku  dgn bantuan tukang pagar ... memacak tiang konkrik 6kaki ditempat sempadan yg ditanda oleh juru ukur atdi. Amin selesai akhirnya.

Saturday, 15 October 2011

Bina Pagar

 TERKINI


06.10.2011 - Setelah sekian lama dicari tukang disamping tuan rumah mengumpul dana, akhirnya kerja-kerja pembinaan pagar dapat dimulakan dengan pada kehadiran backhoo pada hari Sabtu yang lalu. Tiang pagar dan bunga pagar dah siap dibeli dekat Tandop dan Simpang Kuala. Tukang la ni dah mula kerja. Muga sukses hendaknya...tukang baru pulak ni...

Tukang duk buat perancangan


 Tiang pagar dah ada..baru 4 je sampai,,

 
Tanah tapak rumah kena tinggi dari tepi jalan

Saturday, 16 July 2011

Kabinet Dapur Sudah Siap

Setelah ditempah 3 minggu lebih, Nasir Deco set masa nak pasang kabinet dapur. Dua orang tukang mula memasang pada 29 Jun 2011 jam 11pagi. Hari pertama kerja2 dilakukan hampir pukul 8mlm.

Hari kedua diteruskan...tp aku tak ada kat tapak nak tengok. Pkl 4.30ptg tukang nasir telifon yang depa dah siap pasang, ketika tu aku duk tengah nak beli dapur dan hob Rubine.

Thursday, 30 June 2011

Pagar Rumah La Pulak

Baru ni dapat suntikan dana, so duk pikir juga nak buat pagar. Sebenarnya bab pagar ni... jenuh juga... maklum lah tanah yg di tambun tinggi ..hampir 7kaki. Nak tak nak.. nak buat pagar...biarlah kukuh...so selepas diteliti...tanah depan tu...ditambun penuh..RM1600 juga tu... Nanti boleh laa buat pagar dgn mudah sikit sbb tak perlu buat dr bawah. Tp itu kat depan saja, kat belakang aku beli tiang konkrik 10 inci... 10 @11kali. Lepas tu...pi meronda kedai tiang pagar...tak tau mana satu nak pilih lagi. Anda ada cadangan ka...

Sunday, 19 June 2011

Kemaskini Bahagian Luar Rumah.

Keadaan tepi dan depan rumah sebelum ia dibuat perapian.

Bawa masuk tanah merah & topsoi utk tanam pokok.

Pakai traktor MADA mai bagi perata laman.

Ruang depan yang ditambun rapat jalan..


Kalau ikutkan hari esok juga nak masuk duduk............ tp banyak benda yg perlu dipikir dan dipertimbangkan. Bahagian dalam rumah, rasa2 dah habis dah kut.... cuma tinggal 4 unit frame besi je yang tak pasang lg, kabinet dapur rasa2 dalam minggu ni kut...nak mai pasang sbb sudah masuk minggu ke empat buat tempahan.
Setelah dipikir balik....bahagian luar ...tak jadi nak bg kosong kat depan tu.... Aku tambah 63lori lagi tanah tambun keliling rumah dan "kolam" kat depan tu... bukan apa... harap2 senang buat pagar. Kalau tidak nak kena pacak bakau dari bawah dan kena buat beam besar.... so lebih baik tambun... lamanpun jadi besar.... Bab duit.... puas korek laaaaaaa..

Wednesday, 18 May 2011

Bata Merah Interlok

Dipetik : http://sekilau1.blogspot.com/2010/11/interlok.html#comment-form

Niat di hati nak pasang bata ni nanti. Gambar2 di bawah ni merupakan cara2 pemasangan sebuah rumah... yang diupload ke blogspot.Nak pasang bata ni, kena la beli pasir, bata (dua warna)bergerigi dan ada tukang.


Tukang tabur pasir di tempat nak letakkkan bata. Tali menjadi penanda.


Dia ratakan taburan pasir tadi...rata, rata dan rata lagi. Mesti sama tebalnya. Dia ambil bata merah, dua bata kembar. Dia susun rapat, macam susunan jigsaw..tiada renggangan antara bata. Susun jadi kotak empat segi. Dia ambil pula bata hitam. Sama bentuk dengan bata merah.
Susun sebelahan kotak bata merah tadi, jadi bentuk empat segi... dan proses ini berulang hinggalah halaman rumah menjadi seumpama papan permainan 'dam'.


Merah selang seli hitam..... Susunan'diagonal' begitu teratur, susunan menegak juga begitu.Maklumlah ukuran dibuat tepat, 'accurate'.

Bolehlah nanti bila dataran kejat siap, kita boleh main dam, bolehlah nanti main 'teng teng', boleh main 'hantu galah' , boleh main basikal, buat brisk walk, arobik, taichi...atas dataran 'interlocking' yang dibina dengan kemas sekali.Mudah-mudahn tidak ada lagi 'stray cats' datang mencari pasir atau tanah untuk 'membuang'.



Walapun nampak mudah tetapi pada saya rumit. Perlu kesabaran, perlu fikiran kreatif dan analitik...barulah jadi dataran interlok yang kemas. Bukan semua laman rumah BC ditutupi dengan batubata interlok



Harap2 lepas ni, laman teratak Impian secantik ini.

Monday, 18 April 2011

Teratak Impian - Pasang Grill & Kemaskini

Terkini - Grill pintu dan tingkap banyak yang dipasang... tp dibuat secara berperingkat sbb bahagian lengkung tingkap tu... sikit sukar.


Akhirnya orang plaster siling siap juga pasang conic kat dalam rumah. Setelah pelbagai madah, kiasan dan aku siap bahasakan dia...barulah hari ni 26.04.2011 Selasa...bahagian dalam dah siap dipasang... tapi dia masih berhutang dengan aku 3 bunga besar lg.


Cuti-cuti ni cat rumah laaa pulak...


Di luar rumah sudah ada 7 lori tanah yang dilonggok.... tunggu masa untuk diratakan.


Pintu hadapan rumah pula sudah siap dipasang dengan frame "cantik"..... susah juga nak dipasang. Akhirnya selepas dua hari baru siap...


Teratak Impian kini berada pada fasa trakhir. Sekarang ni, tengah tunggu grill dipasang, hari ni (18.04) sudah ada grill yang mula dipasang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...