Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Monday, 9 April 2018

Takaful Malaysia Rebet 10%



Kereta yabg aku beli tahun lepas sudah over due. Kiraan awal koyak laa RM3000 duit insuran dan roadtax ni. So cari punya cari insuran sekali tesembang ada kekawan yang bayar online. Mudah katanya dan roadtax akan dihantar terus ke tempat kita. Pada kebiasaan aku pi bayar dekat Simpang Empat Kangkung. Medam Oioi akan bagi 15% dari komisyen dia kat aku balik... kira kurang laa sikit... cuma 15% dari komisyen dia... dia masih dapat 85%. 
Ada orang buat kat Myeg... tapi myeg tu pon agen...so tak dapat apa apa la. Pernah suruh member suka bagi sebutharga Takaul Malaysia... tapi server down dia tak boleh buat. Last2 aku buka sendiri Takaful Malaysia...mak ooooiiii rebet 25%. Tinggi tu.. tapi aku tak berani nak isi sebab ada terma2 yang aku tak faham. Aku pi cawangan Takaful Malaysia Alor Setar tutup pulak...cuma boleh dapat no telifon saja.
Hari ni dah dua hari over due. Nak cuba isi guna Mozilla dan call org TMalaysia minta bantuan.. tapi sangkut kat bhagian nak isi extra driver. Dia pun rasa pelik. Last2 aku buka chrome baru boleh...jalan ok ja hingga dapat isi lengkap. Dapat rebet 10% iaitu lebih kurang RM1900 dengan cover kereta RM100k yg boleh set sendiri. 
Masa mdah send tac...tiba2 pc jadi hitam...RM1900 tu insuran tu...kut2 jadi lesap duit aku transfer tadi. Nasib baik aku terima mesej sms ...semuanya suksess.. Lega. Jimat laaaa RM190.. Insurang 2600 , ncd 25%. 


Renew insurans kereta Takaful Malaysia ada satu kelebihan yang sangat menarik yang pastinya menguntungkan ramai pelanggan iaitu cashback 10% (walaupun dekat ikan bagitahu 15% dan dekat email 25%) daripada jumlah yang di insuranskan jika pada tahun tersebut tiada claim di buat. Menarik kan insuran kereta macam ni??.  Takaful Malaysia masukkan terus ke akaun anda 15% no claim cashback kepada anda sekiranya sah anda tidak ada claim pada tahun polisi tersebut. Wang rebet ini akan dapat dalam masa 3 bulan dari tarikh tamat polisi.
Setakat ini hanya Takaful Malaysia yang memberi jaminan cash back tertinggi di pasaran. Cash back ini adalah dari jumlah kasar bayaran. Ini bermaksud bayaran yang dibayar pelanggan perlu ditolak RM10 (duty stamp) dan 6% GST. Selepas ditolak dari 2 item tersebut, barulah kiraan 15% digunakan.
Untuk proses claim cash back ini, anda boleh rujuk: Claim Cash Back Takaful Malaysia
Bayaran cash rebet insuran kereta Takaful Malaysia ini hanya untuk pelan comprehensive @ First party. First party cover:
  • Perlanggaran tak sengaja atau terbalik disebabkan oleh kerosakan mekanikal.
  • Perlanggaran atau timbal balik yang disebabkan oleh haus dan lusuh.
  • Kerosakan impak yang disebabkan oleh objek yang jatuh yang bukan akibat konvulsi alam, letupan kebakaran atau kilat.
Anda boleh memohon untuk perlindungan tambahan untuk:
  • Aksesori cermin kereta, pemandu MPA tambahan (Kemalangan Peribadi Pemandu Motokar) yang dibenarkan.

Pulangan Insuran Kereta Takaful Malaysia Yang Minima

Bayaran Pulangan Tunai kepada pelanggan Individu yang melanggan Insuran Kereta Takaful Malaysia yang berjumlah kurang daripada RM25.00 atau pelanggan Korporat yang berjumlah kurang daripada RM50.00 akan didermakan oleh Syarikat kepada badan amal sepertimana yang diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah. Walau bagaimanapun, jika Perserta memutuskan sebaliknya, para peserta dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi kepada Syarikat sebelum tarikh habis tempoh.

Insuran Kereta Takaful Malaysia TeleBantuan

Tak perlu risau jika kereta anda mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan lagi. Insuran kereta Takaful Malaysia memperkenalkan Program Tele-Bantuan untuk peserta Takaful Motor.
Tele-Bantuan ini diberikan secara percuma.
Antara kelebihan pelan ini adalah :
  • Coverage 24 Jam.
  • Pembaikan kecil di tepi jalan 24 jam.
  • Towing percuma ke bengkel panel Takaful Malaysia berhampiran.
  • Kos pembaikan dan towing percuma sehingga RM300 setahun.
  • Bantuan towing kemalangan ke bengkel panel Takaful Malaysia berhampiran.
Untuk Breakdown towing cover sehingga RM300 setahun
Untuk Kemalangan towing cover sehingga RM200 Setahun
Renew sekarang Insuran kereta anda dengan Insuran Kereta Takaful Malaysia

Monday, 29 June 2015

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN




Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

Klip Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus @UstazYouTube

Sunday, 12 January 2014

"Jambatan" Titi Haji Idris Sudah di Bina.


Jambatan di Titi Haji Idris yang "runtuh" hari tu... telah hampir lapan bulan ianya telah dibina semula. Berdasarkan dari pemerhatian, kerja-kerja pembinaan oleh pihak kontraktor yang dilantik bergerak  agak sedikit perlahan". Namun demikian, penduduk dan pengguna jambatan tersebut amat bersyukur dengan keperihatinan pihak kerajaan melaksanakan projek ini. Tiada lagi kedengaran bunyi bising sewaktu kenderaan melintasi jambatan ini, kerana ianya dibuat daripada kayu. Pada jarak 2 kilometer masih terdengar bunyi kesan pergerakan kenderaan.

Kini jambatan sementara yang diperbuat daripada besi yang dibina bersebelahan pada kedudukan asal menjadi laluan utama penduduk di sini. Namun begitu, walaupun terdapat lampu isyarat dipasang di hadapan jambatan, masih terdapat pengguna yang tidak mengikutnya. Mereka ini lebih mementingkan diri. Jambatan sementara boleh digunakankan untuk satu laluan saja pada satu-satu masa. Hanya motosikal yang boleh berselisih dengan kereta.

Berikut merupakan gambar terkini jambatan  tersebut.



Tuesday, 29 October 2013

Tanah Lot Kampung Alor Pak Ngah

Jumaat 25.10.2013 dapat maklumat dari Pak Su (broker tanah) yang tanah depan rumah aku dah pemaju tanah lot dah ambik... tapi 2 relung saja. Dalam sikit masa depa akan mai tambak.. aku angguk saja" terjual juga akhirnya" fikirku. Ahad 27.10.2013 kerja macam biasa dan tengah hari dapat sms dari orang rumah " tanah depan rumah dah ditambun". Amboiii cepatnya. Kalau sape2 nak beli boleh laa tengok iklan dia kat mudah. Baru lagi ni... kalau cepat boleh laa pilih lot yang "terbaik".

Ini kandungan iklan dia :

Address: 1087 Permatang Bendahari, 13110 Penaga, Seberang Perai Utara
Location: Kedah - Alor Setar
Postcode: 13110
Price: RM 38 500 Type: Land, For sale Area: Alor Setar
Title type: Freehold Other info: Bumi Lot
Size: 2 Acres
Estate agency no: 13110
Property Type: Others

Salam,
Lokasi:Kmpg Alor Pak Ngah, Mukim Tajar.
Kini proses tambak tanah sedang dijalankan bagi membina lot2 kediaman banglo.
Lokasi strategik berdekatan Sekolah Kebangsaan Hj Idris Langgar, kubur panjang, tualang dan sebagainya.
Keluasan :50×70 (3500kp)
Pembinaan longkang saliran, batu perenggan lot, serta jalan batu kasaran 20kaki disediakan.
Hubungi segera untuk info selanjutnya berkaitan lot banglo ini. 

Farid: Phone 

Sudah 4 hari depa duk tambun, sejak hari tu laa...depa parking traktor depan rumah aku.Nak kata aku suka dengan terjadinya tanah lot ni...tak juga. Takut nanti mengganggu ketenteraman kampung. Nak kata suka, ada laa sikit2 , sebab apa..... mungkin aku boleh dapat "geng". Geng yang ada laa ni, semuanya cakap siap... mana fahammm. Harap2 nanti ada perubahab nanti. Amin

Saturday, 21 April 2012

Kisah bau KASTURI dan ZINA.

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^

Tuesday, 27 March 2012

Kampong Titi Haji Idris and Near Places

Welcome to the Kampong Titi Haji Idris google satellite map! This place is situated in Kedah, Malaysia, its geographical coordinates are 6° 5' 0" North, 100° 28' 0" East and its original name (with diacritics) is Kampong Titi Haji Idris. See Kampong Titi Haji Idris photos and images from satellite below, explore the aerial photographs of Kampong Titi Haji Idris in Malaysia. Kampong Titi Haji Idris hotels map is available on the target page linked above.

Kampong Titi Haji Idris google map


Kampong Titi Haji Idris google map

Sunday, 12 February 2012

Bila Anak Anak Meluahkan Rasa

Buat pertama kalinya, aku paparkan gambar-gambar "candid" anak-anakku.


AL FATIHAH UNTUK AYAH / PAK CIK YA

Isnin 13.02.2012 - Hampir 2 bulan insan yang sangat aku sayangi telah pergi. Pergi tak akan kembali lagi. Aku tabah bila ayah dijemput pergi, kerna bagiku.... kenapa perlu aku bersedih, ayah dijemput oleh "kekasihnya". Aku redha walau jauh disudut hati, aku masih memerlukan ayah di sisi. Ayah sumber kekuatan hidupku. Adik-adik dan mak...kami sekeluarga... sedih, sanak saudara dan rakan taulan ayah, tak kurang merasa kehilangan ayah. Aku ...... hanya Tuhan saja yang tahu. Sedihku, ku buang jauh-jauh... agar menjadi kekuatan buat mak dan adik-adik. Akhirnya...kini aku tewas, takkala artikel ini aku taip, perasaan ingat pada ayah tak mampu aku bendung lagi. 
Tanggal 17 Di 2011, jam 12.15pagi di Hospital Alor Setar, ayah pergi meninggalkan kami, setelah hampir 5bulan bertarung dengan penyakit barah usus. Aku masih ingat kata-kata ayah " Tunggulah bagi ayah sihat sikit, nanti nak masuk rumah/kenduri...biar ayah ada sekali.... duduk tengok orang datangpun jadilah". Ayah sebenarnya orang penting.....sehingga siap sepenuhnya rumahku.... tapi kini ayah sudah tiada... Rumahku di Titi Haji Idris sudah dua minggu aku huni, .....tinggallah kami 6 orang... anak sulungku.. 2 seminggu sekali baru balik..tinggal di asrama SMKAK.
Ayah.... biarpun kau jauh di sana, kami akan senantiasa mengingatimu... Al Fatihah untuk arwah ayah / Pak Cik Ya. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 soleh. Amin. Terima kasih.



Sunday, 16 October 2011

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA2 KITA RENUNG2 KAN



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??
         Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok 
       Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.
       Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. 
       Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
       Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 
       Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
    Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. 
      Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
        Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
       Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

Sunday, 9 October 2011

My Kitchen Nasir Interior Decoration

Koleksi Ulasan Akhbar / Online



ARKIB : 08/10/2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

Perabut Malaysia dapat sambutan di negara dunia ketiga
08/10/2011 2:53pm

JITRA 8 Okt. — Produk perabut Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan di negara dunia ketiga berbanding perabut dari Eropah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Katanya, permintaan terhadap perabut Malaysia di negara dunia ketiga adalah tinggi kerana kualiti perabut yang bagus dan harga yang ditawarkan adalah rendah berbanding negara Eropah, tetapi saingan untuk memasarkan produk itu juga cukup hebat.
"Negara dunia ketiga sekarang ini sedang melalui satu proses di mana ekonomi mereka semakin membangun secara pesat dan permintaan terhadap produk perabut juga semakin tinggi. Walau pun para pelabur (perabut) Eropah adalah yang terbaik tetapi harga yang mereka letakkan terlalu tinggi.
"Kalau mereka (negara dunia ketiga) cari perabut yang sedikit murah dari negara lain yang mengeluarkan produk perabut, mungkin kualitinya tidak begitu baik tetapi di Malaysia, harga perabut yang ditawarkan berpatutan dan kualitinya juga bagus. Jadi, itu yang paling sesuai dengan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan My Kitchen Nasir Interior Decoration di Tanah Merah dekat sini hari ini.
Katanya, beliau mengesyorkan supaya syarikat yang mengeluarkan produk perabut supaya menerokai peluang pasaran di negara dunia ketiga. — Bernama


Harian Metro


  

 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peluangkeduausahawangagal/Article/index_html

Peluang kedua usahawan gagal

BELANJAWAN dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu dapat memberi peluang kedua kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini, terutama usahawan yang pernah gagal.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, belanjawan itu bertujuan membantu PKS termasuk usahawan pernah gagal. “Jadi ada peluang kedua kepada mereka selepas mereka jatuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bilik pameran My Kitchen Nasir Interior Decoration di Tanah Merah, dekat Jitra, Kedah, kelmarin.

Beliau berkata, permohonan untuk disediakan dana pemulihan itu disebabkan maklum balas yang diterima daripada pengusaha PKS yang menghadapi masalah kewangan dan jika kerajaan tidak membantu, mungkin usahawan akan terjerumus ke arah muflis.
“Jadi, lebih baik mereka diselamatkan dan akhirnya berjaya semula. Jika mereka berjaya mereka akan membayar cukai dan ia membantu kerajaan.

“Tanggungan syarikat yang muflis lebih teruk daripada tanggungan untuk menyelamatkan mereka daripada muflis. “Saya rasa lebih ramai akan menikmati kemudahan dana yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan itu,” katanya. - Bernama

Ulasan Kosmo






http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

 Belanjawan 2012 beri IKS peluang kedua

08/10/2011 4:29pm

JITRA — Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dapat memberi peluang kedua kepada para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini terutamanya usahawan yang pernah gagal.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, belanjawan yang diumumkan itu adalah untuk membantu IKS termasuk IKS yang pernah gagal.

"Jadi ada peluang kedua kepada mereka setelah mereka jatuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan My Kitchen Nasir Interior Decoration di Tanah Merah dekat sini hari ini.
Beliau berkata, permohonan untuk disediakan dana pemulihan itu adalah disebabkan maklum balas yang diterima daripada pengusaha-pengusaha IKS yang menghadapi masalah kewangan dan jika kerajaan tidak membantu, mungkin usahawan akan terjerumus ke arah muflis.
Mukhriz berkata, kadang-kadang untuk IKS ia tidak memerlukan banyak dana tetapi sedikit bantuan pun sudah membantu mereka daripada muflis.
Beliau berkata, dalam IKS antara cabaran yang besar adalah modal dan itu yang kerajaan perlu bantu sedaya yang boleh tapi pengusaha pun perlu berusaha sendiri. — Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...