Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

Showing posts with label Fitrah. Show all posts
Showing posts with label Fitrah. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

Sunday, 30 June 2013

FADHILAT SOLAT TERAWIH


MALAM 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari
Allah.

MALAM 2:
Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh
serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

MALAM 3:
Berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan
solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan
dosa engkau.’

MALAM 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang
yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al
Quran.

MALAM 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang
bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan
masjid aqsa.

MALAM 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-
malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

MALAM 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya
fir’aun dan hamman.

MALAM 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh
sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah
Ibrahim “Alaihissalam.

MALAM 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

MALAM 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan
didunia dan di akhirat.

MALAM 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baru dilahirkan.

MALAM 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).

MALAM 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

MALAM 14:
Datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh,
serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

MALAM 15:
Semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


MALAM 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

MALAM 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala para nabi.

MALAM 18:
Seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup
atau mati).

MALAM 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam
syurga firdaus.

MALAM 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.

MALAM 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

MALAM 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara
di padang mahsyar).
MALAM 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar
didlam syurga daripada nur.
MALAM 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).

MALAM 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

MALAM 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada
malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

MALAM 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti
kilat menyambar

MALAM 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat
diakhirat

MALAM 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000
kali haji yang mabrur.

MALAM 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang
berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa
sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan
didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga
yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada
telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang
bernama ‘al-Kauthar’”
-ihsan dari hamba Allah-

Sunday, 29 July 2012

11 Golongan Manusia Yang Didoa Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. 


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
  • 1.    Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  • 2.  Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  • 3.  Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  • 4.   Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  • 5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  • 6.    Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  • 7.   Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  • 8.   Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  • 9.    Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  • 10.    Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  • 11.   Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Sumber : http://melayukini.net/2012/07/11-golongan-manusia-yang-didoa-malaikat/
Melayukini.net - Malaikat sentiasa bersama kita sepanjang hidup kita sejak dari kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir. Namun adakah kita mahu mensia-siakan diri kita sepanjang hidup? Marilah sama-sama kita merebut untuk berada dalam golongan yang sering didoa malaikat.

Thursday, 25 August 2011

Wednesday, 13 October 2010

Baca, Renungkan, Muhasabah diri & Selamat beramal .........

TAJUK : PISANG DAN HATI?.

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari... Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.' Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:


? Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.


? KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan untuk di akhirat nanti?. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN?..


"Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian"

Dari As Syeikh Nasir bin Muhamad Asmarqandi dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin menyebut dalam bab wara? bahawa tanda-tanda wara?nya seseorang manusia itu ada sepuluh iaitu;

1-Menjaga lidah dari ghibah.
2-Meninggalkan suka berburuk sangka.
3-Meninggalkan amalan suka menghina org lain
4-Sentiasa pejamkan mata melihat yang haram.
5-Sentiasa berkata benar.
6-Mengingati & bersyukur kpd nikmat yg diterima.
7-Membelanjakan hartanya ke jalan yg benar.
8-Tidak m'harapkan kddkn duniawi & tak sombong.
9-Menjaga solat 5 waktu dgn penuh kesempurnaan.
10-Mengikut sunnah dan menyertai jamaah.

Semuga apa yang dipaparkan dapat dijadikan panduan untuk meneruskan perjuangan memberikan pendidikan dengan keikhlasan dan sepenuh hati terhadap anak didik kita. Ingat hari ini kita mendidik dan memberi ilmu kepada mereka. Satu hari nanti mungkin mereka pula yang berdiri dihadapan untuk memberi ilmu dan pendidikan kepada kita. Wallahua?lam.

Kereta PILIHAN Mengikut Peringkat Umur

Peringkat 1
(4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)
baby walker

Peringkat 2
(9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )
keta tolak (stroller)

Peringkat 3
(3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)
keta mainan

Peringkat 4
(7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)
keta kontrol biasa-biasa aje

Peringkat 5
(12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)
keta kontrol berjenama

Peringkat 6
( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)
keta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan

Peringkat 7
(50 tahun ke atas mengikut keperluan)
keta berkerusi roda


Peringkat akhir.....pabila tiba masanya
KERETA JENAZAH

Bagaimana Mentransformasi SEMUA Kerja Harian Kita Kepada SATU Ibadah.

1) Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat . Dan sesungguhnya amalan seseorang itu akan dinilai berdasarkan apa yang diniatkan".
( Riwayat Abu Daud )

(2) Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Manusia yang paling rugi pada hari kiamat ialah orang yang menerima rezeki dari sumber pekerjaan yang haram hingga mereka masuk neraka".

(3) Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh".
(Riwayat At-Tabrani)

(4) Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Bahawa sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan, pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya".
(Riwayat Muslim)

Tuesday, 7 September 2010

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

http://haluanpalestin.haluan.org.my

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Saturday, 14 August 2010

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat.Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 -

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 -

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 -

Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 -

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 -

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 -

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.


Malam 7 -

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 -

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 -

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 -

Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 -

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 -

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 -

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 -

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 -

Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 -

Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 -

Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 -

Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 -

Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 -

Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 -

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 -

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 -

Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 -

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 -

Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 -

Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 -

Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 -

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 -

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 -

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang

teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah

engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi

Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Wednesday, 26 May 2010

5 Wasiat Dari Allah s.w.t Kepada Rasulullah s.a.w

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Monday, 5 April 2010

Amalan-amalan Pahalanya Berterusan

Amalan-amalan pahalanya berterusan setelah seseorang itu mati/meninggal :

1. Anda yang mengajar serta berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan individu lain. Kemudian mereka yang belajar tu pula mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
2. Anda yang bercucuk tanam. Menanam apa saja jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan atau ada kegunaannya. Selama mana ada manusia dan haiwan lain yang memakan tanaman anda.
3. Anda yang turut serta dalam pembinaan sesebuah masjid. Selagi ada manusia yang beramal ibadat di dalamnya atau menggunakannya untuk aktiviti kebaikan.
4. Orang yang menulis mushaf. Selagi ada individu yang membacanya.
5. Sesiapa yang mengalirkan air sungai dan selama mana ada makhluk yang minum daripadanya.
6. Anda menggali sesebuah perigi dan selagi ada orang yang menggunakannya.
7. Seperti yang disebutkan pada awal tadi, jika anda ada meninggalkan anak yang soleh dan solehah. Segala doa mereka inilah yang dapat membantu anda kelak.

Pemikiran Ada Lima Sasaran

Wahai diri,

Sesungguhnya pemikiran itu ada lima sasaran :
1. Berfikir tentang bukti-bukti kebesaran Allah, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.
2. Berfikir tentang anugerah-anugerah Allah, hal ini dalam menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.
3. Berfikir tentang janji-janji Allah, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.
4. Berfikir tentang ancaman Allah, ia menimbulkan rasa gentar bermaksiat.
5. Berfikir tentang kekurangan diri sendiri dalam mengabdi, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan rasa malu terhadap Allah.

Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.

Rujukan : Drs. H. Aliy As'ad. Nasha'ihul 'Ibad, Menara Kudus.

Saturday, 20 March 2010

10 Pesan Imam Shafie

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ? Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha? ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Monday, 13 July 2009

6 Perkara Allah swt Sembunyikan.

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...