Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

PSPM 1 KOLEJ MATRIK AKAN BERLANGSUNG PADA 27 OTB - 6 NOV 2014. SEMOGA SUKSES MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN. KARNIVAL AKADEMIK KMK 2014 KOLEJ MATRIKULASI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 04 & 05. DIS.2014. TERDAPAT GERAI-GERAI JUALAN DAN PAMERAN UNIT-UNIT MATAPELAJARAN AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN.. SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TUAN/PUAN AKAN MEMERIAHKAN LAGI KARNIVAL TERSEBUT. AMIN.

Sunday, 16 January 2011

Peluang Mengisi Jawatan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi


Iklan pengambilan sebagai pensyarah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 44/DG 48/ DG 52 di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia akan dibuka mulai 07 Januari 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2011. Iklan pengambilan, borang permohonan dan syarat-syarat permohonan boleh di muat turun melalui laman web bahagian matrikulasi.

Iklan Perjawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi
Dokumen penerangan mengenai permohonan sebagai pensyarah Kolej Matrikulasi Gred DG 44/48/52

Dokumen Berkaitan Permohonan Jawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi

Fail adalah di dalam bentuk zip. Di dalam zip fail ini mengandungi Lampiran B, C, D dan E iaitu :

Lampiran B : Borang Permohonan Pensyarah Kolej Matrikulasi

Lampiran C : Maklumat Laluan Kerjaya

Lampiran D : Laporan Nilaian Prestasi Tahunan

Lampiran E : Senarai Semak Calon/Pemohon


1. Kekosongan Jawatan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia adalah dipelawa memohon untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang setara atau lebih tinggi daripada gred semasa sebagai Pensyarah PPPS Gred DG44/DG48/DG52 di Kolej Matrikulasi. Permohonan jawatan pensyarah di Kolej Matrikulasi adalah diberikan keutamaan kepada pemohon bagi pensyarah matapelajaran fizik dan sains komputer.
Bil.Bidang/Mata PelajaranKolej MatrikulasiBidang/Mata Pelajaran untuk semua kolej berikut:

1. 2.
3.
4.
5. 6.




Fizik
Kimia
Bahasa Inggeris
Sains Komputer
Kokurikulum
Matematik Kejuruteraan




Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor


2. Syarat- syarat

Bagi jawatan pensyarah PPPS Siswazah Gred DG44/DG48/DG52 calon-calon mestilah telah disahkan dalam jawatan dan di lantik pada atau sebelum 31.12.2006 mempunyai:-

a. Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam bidang/mata pelajaran yang dipohon dan boleh mengajar pada peringkat tinggi yang setara dengan matrikulasi, A Level dan STPM

b. Kelayakan Ikhtisas
i) Diploma Pendidikan daripada Universiti yang diiktiraf atau Sijil/Diploma Perguruan dari Maktab/Institut Perguruan; dan
ii) Pengalaman mengajar mata pelajaran pengkhususan sebagai guru PPPS Gred DG44/DG48/DG52 sekurang- kurangnya 3 tahun berturut-turut.

c. Syarat Kelayakan Pemangkuan
Syarat-syarat umum dan khusus pemangkuan jawatan adalah seperti di Lampiran C

3. Bidang Tugas Utama
Antara bidang tugas utama pensyarah ialah :-
i) Memberi kuliah dalam mata pelajaran seperti yang ditetapkan;
ii) Memberi tutoran dalam mata pelajaran seperti yang ditetapkan;
iii) Menjadi pensyarah mentor bagi satu-satu kumpulan pelajar;
iv) Memberi dan menilai kerja kursus pelajar;
v) Menggubal soalan dan memeriksa skrip jawapan peperiksaan;
vi) Menjadi mentor rakan sebaya dalam pengajaran & pembelajaran;
vii) Membuat Penyelidikan dan penulisan ilmiah; dan
viii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua Unit dari semasa ke semasa.

4. Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan cara:
i) Memuat turun borang PKM dari laman web http://www.moe.gov.my/bmkpm. dan dicetak;
ii) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum dikemukakan ke Bahagian Matrikulasi.

5. Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:-
i) 1 salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan disahkan;
ii) 1 salinan Laporan Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terkini yang disahkan;
iii) Salinan-salinan Sijil/Diploma/Ijazah dan dokumen-dokumen yang berkaitan yang disahkan;
iv) 1 salinan pengesahan Laporan Pengistiharan Harta yang disahkan (Bukan Borang Laporan Pengistiharan Harta);
v) 1 salinan laporan Kenyataan Tatatertib yang disahkan;dan
vi) 1 salinan Slip Keputusan PTK terkini yang disahkan.

6. Cara Menghantar Borang Permohonan
i) Borang PKM yang telah lengkap dan disahkan oleh Ketua Jabatan/Pengetua bersama dokumen-dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan/Pengetua kepada :-

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6-7, Blok E15
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Nota : Sila pastikan anda menulis PKM di sudut atas kiri sampul surat.

ii) Tarikh tutup permohonan : 25 Februari 2011
Permohonan yang diterima lewat daripada tarikh tersebut tidak akan diproses dan tidak akan dipertimbangkan.

7. Temu Duga

Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri satu sesi temu duga pada tempat dan masa yang akan ditetapkan kemudian. Segala urusan dan perbelanjaan temu duga ini adalah di bawah tanggungan pemohon sendiri.

8. Dokumen Permohonan

Permohonan yang diterima yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
Iklan Perjawatan Pensyarah


1 comments:

Jawatan Kosong said...

Apa kelebihan jadi pensyarah matrikulasi ni? Kenaikan tangga gaji ikut guru ke?

Post a Comment

Satu Percubaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...