Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

RENUNGAN

  • ADMIN

    Salam Penuh Keceriaan dari saya buat anda semua,moga tahun 2018 menjadi pemangkin kepada kita semua untuk lebih bertakwa kepada Nya. Amin.

  • MAJLIS ILMU MASJID ALOR PAK NGAH, TITI HAJI IDRIS

    Hari : Jumaat, Ahad dan Selasa Masa : Selepas Solat Maghrib Penceramah : Ustaz Mahadhir (Jumaat Minggu 4), Ustaz Muhamad Hafiz Abdul Halim (Ahad : Minggu 1,3&4), Ustaz Ahmad Yahya, Ustaz Bahrum ( (Mingggu 1 & 3) dan Ustaz Yusuf Mahmud (Minggu 2 & 4). Semua dijemput Hadir

  • INFORMASI

    Kata-kata yang lemah lembut dan beradap dapat melembutkan hati manusia yang keras - Hamka...

  • DARJAT

    Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adapnya, bukan asal keturunannya

  • TAZKIRAH HARI INI

    Apa yang kita buat hari ini, sekiranya ia bukan untuk manfaat kita hari ini..relakanlah. Mungkin ia akan menberi manfaat pada suatu hari yang lain. Tidak mustahil pada ketika itu kita tiada lagi dimuka bumi ini. Jadi buat , hasilkanlah, tanam dan cambahkanlah supaya ia akan terus menhangtar pahala kepada kita dikemudian hari nanti. Insya Allah

  • Dari Sahabat

    Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim - Umar Al Khatab...

  • Orang Mukmin

    Seorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain...

  • Peribahasa Arab

    Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri...

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR .

Tuesday 26 June 2018

Raja Video Indon




Salam hormat...

Sila ambil masa dan perhatian baik2... ini adalah update official mengenai Raja Video...

Secara official, dimaklumkan bahawa Raja Video akan tamat pada 16 Julai 2018. Bermaksud:-
a. Siapa yg beli sim Raja Video, tapi melanggan Raja Video selepas 16 Julai, anda akan kehilangan Raja Video selama2nya.
b. Siapa yg melanggan Raja Video, tapi selepas 16 Julai, buang/tukar plan Raja Video ke Super Terrer/Cili Padi/dll pas bulanan, anda tidak akan dapat melanggan semula Raja Video sampai bila2.
c. Siapa yg melanggan Raja Video sebelum 16 Julai, tapi tidak membuang/menukarnya kepada pas bulanan lain selepas 16 Julai, namun gagal renew (reload) bila tarikh sepatutnya reload, plan Raja Video akan suspend, tp dia xkan hilang. Walaubagaimanapun, kalau still x reload jugak sampai 16 September 2018, plan Raja Video akan hilang selama2nya.

Kedua, selepas 16 Julai 2018, sim plan Raja Video akan jadi rare, sama seperti plan blackberry, smart sim, sim mnp 1digi (atau dikenali sebagai digi 1 malaysia), jadi harganya akan menjadi semakin mahal dan beberapa benda akan ditutup jualan seperti berikut:-

RON95
✓Register sim prepaid belum register = dihentikan
✓Register menggunakan blank sim = dihentikan
✓Sewaan ID utk buat sendiri sim Raja Video = ditamatkan.

MVP
✓Register sim prepaid belum register = dihentikan
✓Register menggunakan blank sim = dihentikan
✓Sewaan ID utk buat sendiri sim Raja Video = ditamatkan.

Dan untuk makluman juga, setiap kali tempahan lewat sebulan, harga akan naik RM20/bulan sebab kita nak pastikan sim sentiasa hidup, seperti berikut:-
✓ Beli pada 16/8/2018, harga + RM20
✓ Beli pada 16/9/2018, harga + RM40
✓ Beli pada16/10/2018, harga + RM60
Begitulah seterusnya setiap bulan korang lewat sampailah sim habis.

Ketiga, aku mungkin akan menghentikan COD bila2 masa sahaja kerana COD akan menyebabkan kelewatan penjualan sim. So, bagi mengelakkan tekanan masa tamat proses daftar sim Raja Video, COD mungkin akan sentiasa kekurangan stok.

Sebarang kekeliruan, sila komen di sini... aku mengalu2kan sebarang pertanyaan kat sini supaya mudah utk semua org tgk... tqvvm


Sumber : Rakan Fb.

Monday 9 April 2018

Takaful Malaysia Rebet 10%



Kereta yabg aku beli tahun lepas sudah over due. Kiraan awal koyak laa RM3000 duit insuran dan roadtax ni. So cari punya cari insuran sekali tesembang ada kekawan yang bayar online. Mudah katanya dan roadtax akan dihantar terus ke tempat kita. Pada kebiasaan aku pi bayar dekat Simpang Empat Kangkung. Medam Oioi akan bagi 15% dari komisyen dia kat aku balik... kira kurang laa sikit... cuma 15% dari komisyen dia... dia masih dapat 85%. 
Ada orang buat kat Myeg... tapi myeg tu pon agen...so tak dapat apa apa la. Pernah suruh member suka bagi sebutharga Takaul Malaysia... tapi server down dia tak boleh buat. Last2 aku buka sendiri Takaful Malaysia...mak ooooiiii rebet 25%. Tinggi tu.. tapi aku tak berani nak isi sebab ada terma2 yang aku tak faham. Aku pi cawangan Takaful Malaysia Alor Setar tutup pulak...cuma boleh dapat no telifon saja.
Hari ni dah dua hari over due. Nak cuba isi guna Mozilla dan call org TMalaysia minta bantuan.. tapi sangkut kat bhagian nak isi extra driver. Dia pun rasa pelik. Last2 aku buka chrome baru boleh...jalan ok ja hingga dapat isi lengkap. Dapat rebet 10% iaitu lebih kurang RM1900 dengan cover kereta RM100k yg boleh set sendiri. 
Masa mdah send tac...tiba2 pc jadi hitam...RM1900 tu insuran tu...kut2 jadi lesap duit aku transfer tadi. Nasib baik aku terima mesej sms ...semuanya suksess.. Lega. Jimat laaaa RM190.. Insurang 2600 , ncd 25%. 


Renew insurans kereta Takaful Malaysia ada satu kelebihan yang sangat menarik yang pastinya menguntungkan ramai pelanggan iaitu cashback 10% (walaupun dekat ikan bagitahu 15% dan dekat email 25%) daripada jumlah yang di insuranskan jika pada tahun tersebut tiada claim di buat. Menarik kan insuran kereta macam ni??.  Takaful Malaysia masukkan terus ke akaun anda 15% no claim cashback kepada anda sekiranya sah anda tidak ada claim pada tahun polisi tersebut. Wang rebet ini akan dapat dalam masa 3 bulan dari tarikh tamat polisi.
Setakat ini hanya Takaful Malaysia yang memberi jaminan cash back tertinggi di pasaran. Cash back ini adalah dari jumlah kasar bayaran. Ini bermaksud bayaran yang dibayar pelanggan perlu ditolak RM10 (duty stamp) dan 6% GST. Selepas ditolak dari 2 item tersebut, barulah kiraan 15% digunakan.
Untuk proses claim cash back ini, anda boleh rujuk: Claim Cash Back Takaful Malaysia
Bayaran cash rebet insuran kereta Takaful Malaysia ini hanya untuk pelan comprehensive @ First party. First party cover:
  • Perlanggaran tak sengaja atau terbalik disebabkan oleh kerosakan mekanikal.
  • Perlanggaran atau timbal balik yang disebabkan oleh haus dan lusuh.
  • Kerosakan impak yang disebabkan oleh objek yang jatuh yang bukan akibat konvulsi alam, letupan kebakaran atau kilat.
Anda boleh memohon untuk perlindungan tambahan untuk:
  • Aksesori cermin kereta, pemandu MPA tambahan (Kemalangan Peribadi Pemandu Motokar) yang dibenarkan.

Pulangan Insuran Kereta Takaful Malaysia Yang Minima

Bayaran Pulangan Tunai kepada pelanggan Individu yang melanggan Insuran Kereta Takaful Malaysia yang berjumlah kurang daripada RM25.00 atau pelanggan Korporat yang berjumlah kurang daripada RM50.00 akan didermakan oleh Syarikat kepada badan amal sepertimana yang diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah. Walau bagaimanapun, jika Perserta memutuskan sebaliknya, para peserta dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi kepada Syarikat sebelum tarikh habis tempoh.

Insuran Kereta Takaful Malaysia TeleBantuan

Tak perlu risau jika kereta anda mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan lagi. Insuran kereta Takaful Malaysia memperkenalkan Program Tele-Bantuan untuk peserta Takaful Motor.
Tele-Bantuan ini diberikan secara percuma.
Antara kelebihan pelan ini adalah :
  • Coverage 24 Jam.
  • Pembaikan kecil di tepi jalan 24 jam.
  • Towing percuma ke bengkel panel Takaful Malaysia berhampiran.
  • Kos pembaikan dan towing percuma sehingga RM300 setahun.
  • Bantuan towing kemalangan ke bengkel panel Takaful Malaysia berhampiran.
Untuk Breakdown towing cover sehingga RM300 setahun
Untuk Kemalangan towing cover sehingga RM200 Setahun
Renew sekarang Insuran kereta anda dengan Insuran Kereta Takaful Malaysia

Monday 26 March 2018

Pertandingan Mencipta Logo Konvensyen PLC Program Matrikulasi KPM


(8-10 Oktober 2018)

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY

Tema Konvensyen iaitu :  PLC: Memperkasa PAK-21 kearah RI 4.0

Penyertaan                  :  Terbuka kepada semua warga KMK dan KMTK

Tarikh pertandingan     :  21 Mac 2018- 1 April 2018

 Hantar kepada            :  Pn Muzliza binti Mohammad                                                          diemel :  muzlizamohd@gmail.com

Cadangan saiz             :1000pxl x 800pxl @  800pxlx 1000pxl


Soalan 1: Perlukah apa-apa perkataan dimasukkan dalam logo?

              Ini mengikut kreativiti masingmasing-tidak ada ketetapan dari pihak penganjur.

Soalan 2: Format penghantaranhasil logo?

               Dalam bentuk jpeg.

Soalan 3: Maklumat yang perludisertakansemasapenghantaran logo?

              Sertakan penerangan ringkas mengenai logo dan sertakan juga nama, icdan unit.

Soalan 4: Had maksima warna?
          
              Berpandukan warga kolej (biru, kuning, merah dan putih)



Sekian. Terima kasih

Penyelaras PLC KMK

Wednesday 21 March 2018

Review Penggunaan Simkad Mobile Unifi @ Unifi Mobile

Satu perkongsian dari : 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 
Saya doakan semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sentiasa. Entri kali ini saya ingin memberi ulasan serba sedikit berkenaan penggunaan simkad mobile unifi.
Saya daftar 5 simkad nombor baru pada 24 Januari 2018 (Rabu) dan telah pilih untuk pick up di TM Point Kajang. Walau bagaimanapun pada hari saya ingin ambil simkad iaitu 25 Januari 2018 (Khamis), maklumat tempahan (order number) dalam rekod tiada dan saya sudah hampir putus asa untuk mencuba mungkin disebabkan sistem yang kurang stabil dalam menerima akses daripada pengguna yang ramai dalam satu – satu masa. 
Disebabkan pada hari tersebut tidak ramai yang tahu berkenaan simkad ini, maka tidak ramailah orang hadir ke kaunter TM Point. Tanpa melengahkan masa, saya minta isteri saya daftar menggunakan nama beliau dan pada hari yang sama juga terus boleh ambil simkad tanpa perlu menunggu masa yang lama.
Pada petang hari yang sama, saya terus masukkan simkad dalam telefon saya iaitu Huawei P10 Plus yang sememangnya mempunyai fungsi 4G LTE. Setelah menggunakan simkad ini seminggu, ada beberapa aspek yang ingin saya kongsikan antaranya ialah:
1. Coverage
Saya kurang pasti coverage unifi mobile ini sememangnya menggunakan pencawang Telekom Malaysia atau Pencawang Celcom atau Celcom yang menggunakan pencawang Telekom Malaysia dan yang pasti semasa simkad dimasukkan dalam telefon anda boleh lihat sendiri di bahagian simcard management akan keluar My Celcom (bukan webe, bukan P1) sehinggalah akan bertukar kepada Unifi. Setelah saya menggunakan simkad unifi ini seminggu dan pergi di sesetengah tempat  line unifi tiada dan kadang – kandang akan keluar 2 bar sahaja dan tidak menyokong fungsi 4G LTE. Internet pasti slow dan kadang – kadang tiada langsung.
Walau bagaimanapun line yang saya guna dalam simkad 1 iaitu my onexox penuh pada tempat dan masa yang sama. Kedua – kedua menggunakan platfom kemudahan pencawang yang sama jika betullah di bawah rangkaian celcom tetapi coverage berbeza. Seperti yang kita tahu setiap tempat coveragenya agak berbeza – beza mengikut kawasan. Hal ini agak mengecawakan saya sedikit sekiranya saya hanya menggunakan satu simkad sahaja dengan tiada pilihan lain, sudah pasti agak terganggu urusan harian.
2. Data
Dari segi penggunaan data pulak saya berterima kasih kepada pihak TM kerana memberi percuma 20 GB LTE dan saya telah mencubanya yang dikatakan diberi tempoh 90 hari selepas diaktifkan. Dalam seminggu sahaja saya telah habiskan data 20Gb tersebut. Bagi saya kelajuan data yang menyokong fungsi 4G LTE boleh dikira agak bagus sehingga boleh download dengan laju dan melihat youtube tanpa loading cuma time peak hour agak slow sikit bermula 8 malam – 10 malam. Saya menggunakan hotspot ke satu laptop satu komputer dan satu telefon data masih lagi boleh digunakan dan tidak mengecewakan. Namun jika ingin dibandingkan dengan kelajuan data yang saya guna iaitu Onexox lebih jauh berbeza kelajuannya dan saya telah mencubanya dari segi speedtest. Boleh lihat di youtube.
Dari segi tawaran yang diberi pulak mengikut pakej iaitu yang paling mahal RM50 untuk 8GB High Speed (4GB 3G/LTE + 4GB LTE Only). Jika saya nak bandingkan dengan pakej data lain agak kurang berbaloi sebagai contoh data Onexox dengan RM50 saya boleh dapat 10GB data unlimited speed (season pass) dan mungkin juga data dari telco lain lebih berbaloi. Apa yang agak menarik sikit mobile unifi ini adalah data tiada tempoh expired, sekiranya kita beli 8GB kita boleh guna sehingga habis data tersebut tanpa fikir tempoh expired dan ini agak menjimatkan sesetengah pengguna. Dari segi data ini saya berharap pihak TM sentiasa update dalam menawarkan data – data yang lebih murah berbanding dengan pesaing – pesaing telco lain.
3. Minit Panggilan atau Caj Panggilan dan SMS
Kebiasaan caj panggilan adalah dikira berdasarkan second dan minit namun di Mobile Unifi caj panggilan adalah dikiran secara lumsum dengan membeli pakej minit yang ditawarkan sebagai contoh pakej terkini adalah RM30 untuk 200 minit + 200 SMS dan RM10 untuk 60 minit + 60 SMS.  Agak berbaloi bagi pengguna yang tidak guna banyak panggilan lebih – lebih lagi tiada tempoh expired ditetapkan, almaklumlah sekarang ni ramai pengguna tidak menggunakan panggilan dengan kadar yang banyak.
Pakej yang diberi agak jelas dan tiada unsur yang mengelirukan berbanding dengan tawaran daripada telco lain yang ditawarkan unlimted call tetapi mempunyai ** syarat – syarat tersembunyi tanpa pengetahuan pengguna. Saya tidak banyak guna panggilan dan bagi saya tawaran yang diberikan tidaklah teruk dan membebankan pengguna dan boleh dikatakan masih relevan. 
4. Tarikh luput
Seperti yang diwar-warkan hashtage #kredittakmati dalam promosi unifi mobile agak menarik dan sehingga kini saya tidak dapat tengok di mana tarikh expired simkad saya dan saya pasti tiada expired simkad dan plan yang nak guna seperti data dan minit panggilan terpulang pada kita. Cuma disebut dalam term and conditions mereka sekiranya inginkan nombor itu kekal aktif buat pertama kalinya kena reload dan beli mana – mana pakej data atau minit dan sms dalam akaun apps yang disediakan dalam tempoh 90 hari selepas simkad diaktifkan. Apabila dah beli boleh guna sampai habis tak perlu risau lagi pembaziran dan ini adalah satu langkah yang ke depan bagi TM Mobile Unifi kerana tiada lagi telco yang berbuat sedemikian. Cuma agak sukar dari segi untuk semakan minit panggilan dan data sekiranya tiada internet untuk elak daripada kehabisan secara tiba – tiba.
5. Topup
Dari segi topup tiada masalah sebenarnya cuma menyulitkan sedikit bagi sesiapa yang tiada internet kerana topup hanyalah boleh dibuat melalui apps mobile unifi. Hal ini juga menyulitkan bagi sesiapa yang tiada kemudahan online banking/ kredit kad atau debit kad. Disamping itu juga saya tidak dinafikan ada kebaikan dan kelemahannya salah satunya juga tiada kemudahan untuk pemindahan kredit daripada satu nombor unifi ke nombor unifi yang lain. Walau bagaimanapun bagi saya itu semua bukan masalah kerana saya adalah orang yang sentiasa mempunyai kemudahan internet dan online banking. Mungkin tidak sesuai untuk orang yang tiada kemudahan tersebut.
6. Kemudahan Pendaftaran 
Seperti yang kita tahu pendaftaran simkad mobile unifi bagi nombor baru adalah sangat mudah hanya melalui apps sahaja dan ia boleh dilakukan oleh setiap orang hanya perlu ada internet, download apps, daftar maksimum lima simkad dan terus boleh collect simkad dengan menunjukkan ic semasa mengambil simkad di TM Point yang dipilih berdekatan dengan anda [baca sini]. Kebarangkalian untuk penipuan pendaftaran adalah rendah melainkan yang menggunakan khidmat pos delivery yang dikenakan caj RM10.60 (mungkin sahabat boleh komen yang ada pengalaman prosesnya bagaimana).
Walau bagaimanapun pendaftaran untuk kekalkan nombor lama agak menyulitkan sedikit bagi pengguna yang tak biasa kerana sekiranya proses pertukaran ke unifi tidak berjaya membuatkan pengguna terkial – kial ingin tahu apakah status dan apa perlu dibuat selanjutnya. Hal ini kerana kebarangkalian untuk tidak berjaya port out adalah tinggi antaranya kredit tidak cukup, akaun tak aktif, bill tertunggak, tak reply sms dan sebagainya. Ini semua boleh membuatkan proses port out atau pertukaran line ke unifi gagal tanpa diketahui oleh pengguna yang mendaftar itu sendiri. Kebiasaannya pendaftaran melalui dealer pasti dealer akan membuat follow up customer step by step untuk melancarkan proses pertukaran tersebut. Mungkin ini adalah suatu kekurangan yang kecil bagi pengguna baru.
7. Customer Service
Service after sale adalah sangat penting bagi setiap syarikat selepas penjualan sesuatu produk sama jugak dengan TM Unifi itu sendiri. Customer service adalah melalui apps live chat dan hanya boleh dilakukan setelah signup dan login apps mobile unifi tersebut. Dalam masa yang sama apps tersebut juga menyediakan online form yang mana boleh dihantar feedback kepada pihak TM dan mereka akan contact anda dalam masa 24 jam. Walau bagaimanapun itu memerlukan akses internet untuk membuat urusan tersebut sekiranya tiada ia tidak boleh dilakukan dan ini merupakan satu kelemahan.
Kesimpulan
Setiap produk ada kelebihan dan kekurangan masing – masing dan kita perlu lihat bahawa produk seperti ini adalah salah satu produk masa depan di mana setiap orang memerlukan internet untuk melakukan sebarang transaksi termasuklah untuk menyemak data dan membuat tambah nilai. Internet lain perlu digunakan bagi proses tersebut, namun tidak dapat dinafikan di pusat pusat bandar kemudahan internet adalah meluas dan hanya di luar bandar sahaja kemudahan tersebut adalah terhad.
Gunakan simkad mobile unifi ini dari sudut kelebihan bukannya dari sudut kekurangan untuk membantu memudahkan segala urusan kehidupan anda seharian. Oleh itu, huraian saya di atas adalah sekadar pandangan sahaja dan mungkin ada sedikit kekurangan yang mana diluar pengetahuan saya dan saya mohon pembaca semua untuk komen bagi setiap cadangan dan pandangan semoga tulisan ini dapat menambah nilai kepada masyarakat umum. Sila kongsikan sekiranya anda rasa review ini berguna untuk semua. Sekian wassalam.

Tuesday 27 February 2018

PANDUAN PENGHASILAN BLOG


SILA SIAPKAN TUGASAN BLOG INI
MENGIKUT KRITERIA YANG TELAH DI TETAPKAN.

Senarai Semak @ Panduan Anda :
1. Tamplate 3 Coloum.
2. Tukar Header.
3. Links 5 :
v  Websites Kolej,
v  Mis,
v  Portal,
v  Webmaster &
v  Web Kerajaan Pilihan Anda.
4. Insert Jam
5. Marquee
6. Post 11 Atrikel
a. 1 : Smartphone Full Screen
b. 2 : Tazkirah /Artikel Agama /Teguran
c. 2 : Pihahan Sendiri/ Minat
d. 4 : It
e. 1 : Poster
f. 1 : Aktiviti Cuti CNY

Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...