Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

Sunday, 4 April 2010

Seketika Tentang Saman di Alor Setar

Jumaat 2. April - Alor Setar "tidak cuti" hari ini. Hampir semua bank beroperasi. Oleh itu dikesempatan ini, orang ramai khasnya dikalangan penjawat awam menggunakan hari ini melunaskan urusan berkaitan dengan bank. Tidak hairanlah suasana di sekitar tengah bandaraya, ianya agak sibuk. Kereta bertali arus mencari parking. Tapi harus diingatkan anda akan terus disaman, sekiranya tidak berhati-hati ketika parking. Pernah terjadi pemandu keluar sekejap ke ATM bank, anak dan isteri berada di dalam kereta dengan enjin kereta masih dihidupkan dan datang motor peronda polis...dengan tanpa bicara, polis tersebut terus menulis surat saman. Isteri pemandu tersebut terpinga-pinga melihat surat saman yg diselit di viper kereta padahal jika ditegur dan diberi arahan dia mampu memandu keretanya ke tempat lain.

Kes ini kira ok lagi. Ada satu kes lagi, polis tadi bergerak ke kereta yang berada dihadapan dan yang pasti dia melihat kereta tersebut masih ada pemandu didalamnya. Juga tampa bicara, terus disaman kereta tersebut. Alamak, apa dah jadi dengan L/Kopral RxxLX 7Xxxx ni, takkan sampai kesitu tahap keseriusannya....bertolak ansurlah sikit. Tidak dinafikan L/Kopral sedang menjalankan tugas, intergriti tinggiiiiiiiiii... tapi dimana letaknya nilai insan pada diri beliau. Hal ini telah dikemukakan kepada seorang sarjan di IPD KS, selamba je sarjan ni jawab "Saya dah tahu sape yang dimaksukan tu...tapi dia tu tak boleh nak buat apa-apa dah....". Terfikir, dah orang atas L/Kopral tadi tak boleh nak kata apa...takkan nak bawa ke KP Negeri kut.

Hal ini, jika berterusan ianya akan menjadi buah mulut orang dan sebelum ianya menjadi suatu isu adalah lebih baik diperbaiki supaya warga bandaraya tidak terasa hati dengan gelagat anggota polis khasnya L/Kopral RxxLX 7Xxxx mahupun PDRM amnya.

0 comments:

Post a Comment

Satu Percubaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...