Selasa 13/07/2010 - Hari ni 3 orang tukang baru telah masuk untuk sambung kerja. Difahamkan kelmarin dia orang sudah bertolal awal untuk ke tapak, tapi akibat tak jumpa rumah lebih awal (tengahari baru sampai dekat rumah) kerja yang sepatutnya bermula hari ini.....terbantut. Sesudah ada di tapak...barang2 yang diperlukan untuk sambung kerja...seperti kayu pula tidak ada.....mereka hanya naik & tengok bumbung yang hendak dibaiki sahaja. Selang 10minit selepas tukang balik, sekitar pukul 3ptg barulah barang2 yang di order dari kelmarin sampai....
Hari ni tukang baru memulakan kerja, membaiki pancor air...Namun demikian, sebelah petang ada sikit kekecohan apabila bumbung yang dibuka...tukang kata tiada kayu 2x4 yang sepatutnya dipasang. Orang plaster risau takut bumbung yang dibuka tidak dapat dipasang sempurna semula pada petang itu juga. Jika hujan malam tu....apa akan terjadi pada siling plaster yang telah siap dipasang. Akhirnya tukang tersebut memasang kembali atap bumbung tersebut.
Wednesday, 14 July 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Satu Percubaan