Mutakhir ni terpikir juga nak pasang timer untuk sistem elektrik rumah aku. Bukan apa kekadang tu nak balik kampung, boleh juga letak "penjaga". La ni pun, rumah aku di jaga oleh timer untuk satu unit lampu....setakat ni alhamdulillah, tak ada apa yang "pelik" berlaku. Cuma yang peliknya dengan tukang-tukang rumahku. Tukang plaster siling, janji esok..esok..esok...esok tu tak lekang dimulut/disms dan buat sekian kalinya esok lagi dia berjanji nak masuk buat kerja. Salah aku juga sebab aku dah bayar habis duit kat dia.... kekadang terpikir jugak, orang sekeliling pikir aku yang tak bayar kat tukang...tu yang depa buat perangai. Tukang besi grill depan rumah je, lambat jugak, lori rosak...so apa boleh buat. Orang tanah pula dah sebulan lebih terima duit, dia kata tanah dah ada..laaa ni duk tengah tunggu , sehari ke sehari, bila agaknya? Tukang cat, kerja 3hari aku dah bayar untuk kerja 5 hari...tup..tup dia kata dia dah hantar tukang, tukang buat perangai pulak ...ditambah dia sendiri ada masalah keluarga... so apa boleh buat....dah nasib badan.
La ni aku pakai timer ni, tak tau la berapa lama nak bertahan.
Sebelum ni, timer ni tahan 2 minggu je.
Berikut ada beberapa timer yang aku cari kat internet, tak tau mana satu yang ok. Cadang tu, nak pasang siap wiring terus.
0 comments:
Post a Comment
Satu Percubaan