Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

Friday, 29 April 2011

Cadangan kad matrik


Untuk perhatian....

Wednesday, 27 April 2011

Terkini - Iklan Perjawatan Pensyarah Mei 2011

Iklan Perjawatan Pensyarah

Iklan pengambilan sebagai pensyarah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 44/DG 48/ DG 52 di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia akan dibuka mulai 12 April 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mei 2011. Iklan pengambilan, borang permohonan dan syarat-syarat permohonan boleh di muat turun melalui laman web bahagian matrikulasi. Dokumen adalah berbentuk .zip. Sila 'unzip' untuk mendapatkan dokumen-dokumen berikut:

Lampiran A - Iklan Pemangkuan PPPS DG44/DG48/DG52
Lampiran B - Borang PKM
Lampiran C - Urusan Pemangkuan PPPS bagi pengisian jawatan-jawatn Gred DG44/DG48/DG52 Di Kolej-kolej
Lampiran D- LNPT
Lampiran E- Senarai semak pemohon

Dokumen Permohonan Perjawatan Pensyarah Program Matrikulasi.

Isu Pertukaran Pensyarah Matrikuasi

Berita Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 6 April 2011 - NASIB PENSYARAH MATRIKULASI




Kementerian Pelajaran Malaysia ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Pensyarah Matrikulasi daripada Kuala Lumpur” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang Berita Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 6 April 2011 - Nasib Pensyarah Matrikulasi .
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia amat menghargai jasa dan bakti yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah Kolej Matrikulasi dalam mendidik pelajar. Sehubungan itu, Bahagian Matrikulasi sentiasa peka dan perihatin di atas keperluan pensyarah-pensyarah di semua kolej Matrikulasi.
Pertukaran pensyarah Kolej Matrikulasi adalah merujuk kepada dasar pertukaran pensyarah kolej Matrikluasi. Kelulusan pertukaran pensyarah kolej matrikulasi juga tertakluk kepada kekosongan dan keperluan di kolej matrikulasi yang dipohon. Pertukaran pensyarah pada dasarnya akan hanya dilakukan setahun sekali dan diputuskan dalam mesyuarat panel pertukaran di peringkat Bahagian Matrikulasi.
Dasar pertukaran pensyarah kolej Matrikulasi telah menetapkan bahawa seorang pensyarah boleh dipertimbangkan permohonan pertukaran sekiranya telah berkhidmat di kolej berkenaan lebih daripada 3 tahun sebelum boleh diluluskan permohonan pertukarannya. Sekiranya tiada kekosongan di kolej yang dipohon, maka permohonan pertukaran tidak dapat dipertimbangkan untuk tahun semasa. Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada keperluan kolej yang dipohon seperti mengisi jawatan mengikut keperluan mata pelajaran.
Walaubagaimanapun pihak Kementerian amat peka dan perihatin serta memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap kes-kes khas seperti faktor kesihatan yang kritikal yang dialami oleh pensyarah yang memerlukan pemeriksaan kesihatan ditempat yang dipohon. Pemohon perlu mengemukakan laporan kesihatan daripada pegawai perubatan kerajaan untuk mengesahkan penyakit yang dihadapi.
Penempatan guru-guru sekolah dan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia yang mendapat kenaikan pangkat juga mengikut prosedur dan kekosongan serta keperluan yang ada di Kolej-kolej Matrikulasi. Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada kumpulan ini dan penempatan adalah bergantung kepada kekosongan mengikut opsyen di semua kolej matrikulasi. Bahagian Matrikulasi menerima banyak permohonan pertukaran pensyarah setiap tahun dengan pelbagai alasan. Setiap permohonan diteliti dan disesuaikan dengan kekosongan yang sedia ada di kolej yang dipohon. Slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan” sentiasa menjadi amalan semua pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada masa kini terdapat 13 buah Kolej Matrikulasi iaitu 10 buah Kolej Matrikulasi dan 3 buah Kolej Matrikulasi Teknikal. Dengan bilangan Kolej Matrikulasi yang terhad ini, maka proses pertukaran memerlukan pertimbangan yang teliti agar tiada berlaku kelas-kelas yang tiada pensyarah disebabkan tiada pengganti untuk pensyarah yang diluluskan pertukaran. KPM sentiasa memastikan perkara ini tidak berlaku dan justeru yang demikian sesetengah permohonan bertukar tidak dipertimbangkan demi keperluan perkhidmatan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dipetik :http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4606639075207760203

Semakan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012 boleh dibuat di sini mulai 28 April 2011. Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi kolej penempatan atau melawat laman sesawang kolej untuk maklumat lanjut . Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan melalui laman sesawang yang sama mulai 28 April hingga 13 Mei 2011.
Semakan melalui sistem SMS boleh dibuat dengan menaip perkataan MOE MAT[no_kp] dan hantar ke 15888.

Monday, 18 April 2011

Teratak Impian - Pasang Grill & Kemaskini

Terkini - Grill pintu dan tingkap banyak yang dipasang... tp dibuat secara berperingkat sbb bahagian lengkung tingkap tu... sikit sukar.


Akhirnya orang plaster siling siap juga pasang conic kat dalam rumah. Setelah pelbagai madah, kiasan dan aku siap bahasakan dia...barulah hari ni 26.04.2011 Selasa...bahagian dalam dah siap dipasang... tapi dia masih berhutang dengan aku 3 bunga besar lg.


Cuti-cuti ni cat rumah laaa pulak...


Di luar rumah sudah ada 7 lori tanah yang dilonggok.... tunggu masa untuk diratakan.


Pintu hadapan rumah pula sudah siap dipasang dengan frame "cantik"..... susah juga nak dipasang. Akhirnya selepas dua hari baru siap...


Teratak Impian kini berada pada fasa trakhir. Sekarang ni, tengah tunggu grill dipasang, hari ni (18.04) sudah ada grill yang mula dipasang.

PSPM II Kolej Matrikulasi

Bermula dari 11 April yang lalu seluruh pelajar PSTwarga kolej matrikulasi telah dan sedang menduduki peperiksaan akhir Program Matrikulasi semester 2 sesi 2010/2011. PSPM II akan berakhir pada 20.04 ini. Perjalan kalian ke dewan peperiksaan diiringi dengan sekalung doa, dengan harapan dapan menduduki peperiksaan dengan tenang dan mudah dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...