Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

Wednesday 27 April 2011

Isu Pertukaran Pensyarah Matrikuasi

Berita Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 6 April 2011 - NASIB PENSYARAH MATRIKULASI




Kementerian Pelajaran Malaysia ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Pensyarah Matrikulasi daripada Kuala Lumpur” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang Berita Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 6 April 2011 - Nasib Pensyarah Matrikulasi .
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia amat menghargai jasa dan bakti yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah Kolej Matrikulasi dalam mendidik pelajar. Sehubungan itu, Bahagian Matrikulasi sentiasa peka dan perihatin di atas keperluan pensyarah-pensyarah di semua kolej Matrikulasi.
Pertukaran pensyarah Kolej Matrikulasi adalah merujuk kepada dasar pertukaran pensyarah kolej Matrikluasi. Kelulusan pertukaran pensyarah kolej matrikulasi juga tertakluk kepada kekosongan dan keperluan di kolej matrikulasi yang dipohon. Pertukaran pensyarah pada dasarnya akan hanya dilakukan setahun sekali dan diputuskan dalam mesyuarat panel pertukaran di peringkat Bahagian Matrikulasi.
Dasar pertukaran pensyarah kolej Matrikulasi telah menetapkan bahawa seorang pensyarah boleh dipertimbangkan permohonan pertukaran sekiranya telah berkhidmat di kolej berkenaan lebih daripada 3 tahun sebelum boleh diluluskan permohonan pertukarannya. Sekiranya tiada kekosongan di kolej yang dipohon, maka permohonan pertukaran tidak dapat dipertimbangkan untuk tahun semasa. Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada keperluan kolej yang dipohon seperti mengisi jawatan mengikut keperluan mata pelajaran.
Walaubagaimanapun pihak Kementerian amat peka dan perihatin serta memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap kes-kes khas seperti faktor kesihatan yang kritikal yang dialami oleh pensyarah yang memerlukan pemeriksaan kesihatan ditempat yang dipohon. Pemohon perlu mengemukakan laporan kesihatan daripada pegawai perubatan kerajaan untuk mengesahkan penyakit yang dihadapi.
Penempatan guru-guru sekolah dan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia yang mendapat kenaikan pangkat juga mengikut prosedur dan kekosongan serta keperluan yang ada di Kolej-kolej Matrikulasi. Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada kumpulan ini dan penempatan adalah bergantung kepada kekosongan mengikut opsyen di semua kolej matrikulasi. Bahagian Matrikulasi menerima banyak permohonan pertukaran pensyarah setiap tahun dengan pelbagai alasan. Setiap permohonan diteliti dan disesuaikan dengan kekosongan yang sedia ada di kolej yang dipohon. Slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan” sentiasa menjadi amalan semua pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada masa kini terdapat 13 buah Kolej Matrikulasi iaitu 10 buah Kolej Matrikulasi dan 3 buah Kolej Matrikulasi Teknikal. Dengan bilangan Kolej Matrikulasi yang terhad ini, maka proses pertukaran memerlukan pertimbangan yang teliti agar tiada berlaku kelas-kelas yang tiada pensyarah disebabkan tiada pengganti untuk pensyarah yang diluluskan pertukaran. KPM sentiasa memastikan perkara ini tidak berlaku dan justeru yang demikian sesetengah permohonan bertukar tidak dipertimbangkan demi keperluan perkhidmatan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dipetik :http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=4606639075207760203

0 comments:

Post a Comment

Satu Percubaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...