Subscribe:

Ads 468x60px

SELAYANG PANDANG.

Blogroll

HARI : JUMAAT, AHAD DAN SELASA MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENCERAMAH : USTAZ MAHADHIR (JUMAAT MINGGU 4), USTAZ MUHAMAD HAFIZ ABDUL HALIM (AHAD : MINGGU 1,3&4), USTAZ AHMAD YAHYA, USTAZ BAHRUM ( (MINGGGU 1 & 3) DAN USTAZ YUSUF MAHMUD (MINGGU 2 & 4). SEMUA DIJEMPUT HADIR >>> JIMAT MASA, JIMAT TENAGA. TOPUP SENDIRI, BAYAR BILL SENDIRI.. SEMUA BUAT SENDIRI. WHATSAPP 0195737375. SATU PERKONGSIAN UNTUK KEMUDAHAN, BUKAN LEBIH KEPADA KEUNTUNGAN PERIBADI. .

Wednesday, 28 March 2012

Pekeliling JPA Gaji SSM Baru – JPA Keluarkan Sebelum 31 Mac 2012!!

Pekeliling JPA Gaji SSM Baru – JPA Keluarkan Sebelum 31 Mac 2012!! – Bilakah sebenarnya pekeliling JPA gaji ssm baru 2012 nak keluar yer. Kalau mengikut saranan Cuepacs, pekeliling tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin atau sebelum 31 mac 2012 ini.Tentu ramai yang tertanya-tanya sebab tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan april kan,,,,Adakah pekeliling JPA gaji ssm 2012 dikeluarkan pada bulan mei?Putera ada berita untuk dikongsikan bersama untuk renungan,kajian dan pendapat .Beritasemasa.com telah melaporkan berita berkaitan pekeliling JPA gaji ssm baru sebagaimana di bawah:-

Seperti tajuk laporan berita dia atas, itulah antara bait-bait sebahagian daripada kenyataan dan saranan Cuepacs supaya pekeliling JPA (gaji SSM baru) ini dikeluarkan secepat mungkin iaitu selewat-lewatnya 31 Mac 2012 ini.
Pekeliling JPA (gaji SSM baru) berkenaan dengan pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) sangat penting. Kalau tidak ada, atau lambat lagi mahu diserahkan dan diedarkan kepada kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, bagaimana boleh pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara 7-13% dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan April depan seperti yang dijanjikan pada laporan berita ini “Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April Ini!!“.

  • Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam (kenaikan antara 7% – 13%

  • Tetapi pekeliling JPA masih lagi belum kunjung tiba?

  • Mungkin kalangan PTD sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkannya. Doakan yang terbaik sahaja..



  • Kalau tiada pekeliling JPA, masakan semua jabatan dan agensi kerajaan boeh buat kiraan gaji? Seterusnya membuat pembayaran pada bulan April depan. Kalau lambat dapat pekeliling JPA, lambatlah jawabnya kalangan kakitangan awam dapat menerima gaji SSM baru.
    Dan sekali dengan saranan pekeliling JPA (gaji SSM baru) dikeluarkan sebelum 31 Mac 2012 ini, Cuepacs juga mahu sebelum akhir bulan ini :

  • Kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini. Contohnya, siapa pengerusinya, siapa lagi anggota di pihak kerajaan.

  • Cuepacs bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya.

  • Kali ini Cuepacs akan meneliti terlebih dahulu draf pekeliling JPA (gaji SSM baru) yang ditambah baik sebelum boleh diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin. Cuepacs tak mahu “pisang berbuah dua kali” seperti yang berlaku pada skim SBPA sebelum ini


  • P/S : Pada perhimpunan hari pekerja pada 1 Mei 2012, kerajaan juga akan umumkan pula dasar gaji minimum yang kerajaan telah bincangkan sebelum ini..

    Sumber: http://digg.com/newsbar/story/terbaru_gaji_ssm_baru_2012_tunggakan_3_bulan_akan_mula_dibayar_april_ini?fb_action_ids=348092885236488%2C374000445955074%2C331933350187601&fb_action_types=news.reads&fb_source=other_multiline#_=_

    0 comments:

    Post a Comment

    Satu Percubaan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...