Di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, terdapat peruntukan rebet cukai
pendapatan individu untuk bayaran zakat (iaitu mula Tahun Taksiran
1985).
Akta Cukai Pendapatan
Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran
zakat, fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayaran
wajib, dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu,
dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama
yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.
Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3)
Bayaran Zakat Boleh Mendapat Rebet Dari Cukai Pendapatan Individu
Berpandukan kepada ACP 1967 di atas, setiap bayaran zakat atas
individu sama ada zakat harta boleh mendapat rebet atau tolakan daripada
cukai pendapatan seseorang. Rebet zakat hanya diperolehi jika bayaran
zakat dibuat pada tahun semasa taksiran cukai pendapatan.
Sekiranya jumlah bayaran zakat yang dibuat melebihi daripada cukai
pendapatan yang dikenakan dalam satu tahun itu, maka setakat jumlah
zakat yang mendapat rebet / tolakan adalah setakat jumlah cukai
pendapatannya sahaja. Ini bermakna seseorang itu tidak akan dikenakan
cukai pendapatan pada tahun tersebut tetapi lebihan zakat setelah
ditolak daripada cukai pendapatan itu, tidak boleh dibawa untuk mendapat
rebet bagi tahun hadapannya ataupun dikembalikan kepada pembayar.
Hanya RM1,500 sahaja daripada jumlah zakat yang dibayar dalam tahun
2001 itu yang boleh mendapat rebet untuk Cukai Pendapatan Tahun Taksiran
2001 manakala lebihan zakat sebanyak RM150 lagi itu tidak boleh dibawa
kehadapan bagi Tahun Taksiran 2002. Bayaran Zakat Perniagaan Syarikat
dan Koperasi layak mendapat pelepasan cukai.
Mulai tahun 2004,Zakat Perniagaan yang dibayar oleh sesebuah syarikat
dan koperasi kepada pihak berkuasa agama Negeri (MAIK di negeri
Kelantan) adalah dibenarkan sebagai potongan bagi maksud cukai
pendapatan tertakluk kepada syarat :
a) Jumlah potongan yang dibenarkan tidak melebihi 2.5% (1/40) daripada pendapatan agregat syarikat dalam tahun berkenaan dan
b) Syarikat adalah bukan syarikat di luar pesisir.
0 comments:
Post a Comment
Satu Percubaan