Kolam kat tepi pagar rumah ni... dah lama planningnya.... tak suruh tukang pro buat. Aku bila free je...sikit2 duk buat... cari rujukan kat internet jugak nak buat kolam ni...konsep moden atau nusantara.. rasa-rasa nak buat moden kut.. nak bela ikan kap. Nak dapat mana ikan kap tu...aku dah tengok2 dah... harga dia ok laaa jugak, tak mahal sangat.
Anak-nak asyik duk mintak jadikan kolam depa.....ya tak ya jugak.... ok jugak tu...tapi setakat seminggu dua je lahhh... lepas tu, jadi kolam ikan lahh. Kalau depa nak kongsi juga sebulan atau dua bulan sekali boleh lahhh..tu pun masa nak basuh kolam.

Idea nak buat kolam dah lama...sama traktor nak ratakan tanah aku dah reserve lubang kat sini.. akhir2 ni baru aku buat sikit2. Balik kerja sejam lebih sikit aku buat la apa yang patut...Kebetulan cuti seminggu ni...aku ingat nak siapkan. Insya Allah...moga siap hendaknya...tunggulah hasilnya.
0 comments:
Post a Comment
Satu Percubaan