Mesin bancuh simen ni, sudah empat tahun aku beli. Memang berbaloi beli dia. kalau nak disewa, deposit saja dah RM1050 ( untuk tiga bulan) dan sewa dua bulan RM700... tu kalau dua bulan sewa tapi mana ada orang buat rumah banglo dua bulan. Rumah aku bukan dua bulan tapi dua tahun. Sayang memang sayang... memori sebab dengan ayah aku pi ambik benda ni... Lepas dicat balik, aku letak kat Mudah dengan harga RM1500. sudah ada orang mintak... mungkin bukan rezeki lagi... tak de yang menjadi. kalau menjadi tu, boleh juga buat tampung buat benda lain..
Kalau ada orang tanya status mesin ni, aku cuma boleh kata.. " setahun yang lalu ok lagi"...lepas tu dah tak guna. hari tu pernah beli minyak petrol, cadang nak start enjin... dah beli minyak...dok pikir pulak minyak petrol ke diesel.. lepas tu tengok minyak enjin pulak ..tak dak pulak... mak oooiii, dia pakai minyak enjin apa pulak... aku bukan tahu...rasa-rasa dulu pernah beli tapi dah lupa. Semua tu urusan tukang rumah.
TERKINI ::Kalau ada yang nak... dah tak ada, orang Alor Setar yang datang ambik, siap bawa lori pulak tu..Dah rezeki dia. mai tengok terus angkut bawa balik. Orang lain duk nego lagi....
14 comments:
bole tau berapa harga mesin pembancuh simen ni kalu yang baru? kalu mesin yang kecil dari mesin ni berapa pula yer?ada x harga dalam RM3K - RM5K?
Assalamualaikum tuan.
sy nak tanya klu kita nak iklankan mesin pembancuh simen ni utk disewa kt MUDAH mcm mana ye?sbb syarikat sy nak iklankan mesin bancuh simen ni pada sapa yang nak sewa.
siapa ada mesin pembacuh simen yg kecil utk di sewa sila pm saya atau tel sya...0129448225 shafiq...
siapa ada mesin pembacuh simen yg kecil utk di sewa sila pm saya atau tel sya...0129448225 shafiq...
macam cara nk gna mesin pembancuh nie
Ada lagi ke tuan kalau nak jual sy mahu
Ada sesiapa d Lembah Klang khusus area Puchong nak jual conc.mixer mini. second hand. Hubungi hj mus 0133689686
Saya ada mesin mixer siment utk dijual.. Lokasi kundang
Boleh post gambar ke 01110563371
Berapa harga nak jual ?
Maaf sbb lama tak tengok post ni, mesin sudah lama terjual. Kalau ada rasa nak jadi "kontraktor" boleh cuba beli. Kalau ada rezeki dapat yg "cantek".. alhamdulillah. Jimat, utk tempoh dua tahun penggunaan dan setelah jual balik .. berbaloi laaa.. ditambah tolak, lebih kurang RM700, mcm sewa dua bulan saja.
Berapa harga nak jual..??
Boleh post gambar ke 0173620738
Salam.nak cari mesin bancuh simen - desil 2 hand di perak.kalu ada nak jual boleh tel saya 0194205258
berapa harga masa jual tu boss... ada satu nak jual engine diesel...
Nice post thanks for sharing with us..
If you have any requirement regarding App development like Android and iOS app development , so just click on link
Best ios app development company in USA
Post a Comment
Satu Percubaan